Thursday, April 30, 2009

Amalan berpantang slps bersalin

Dalam dok surf internet,teringat nk carik ttg amalan berpantang....kata org masa pantang nilah kena jga betoi2,klau xksnya rasalah dihari tua nnti...

jdi nilah hasil pencarian 2.

Antara amalan berpantang slps bersalin:

Mandian Ibu Selepas Bersalin (Mandi Serom)

Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).
Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.

Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-

  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi

Biji Halba

Amalan Urut seluruh badan

Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.

Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin. Pada kebiasaannya urut memakan masa tidak kurang dari dua jam dan dilakukan selama tiga pagi berturut-turut. Sewaktu berurut biasanya ibu-ibu berkesempatan mempelajari petua-petua yang diberikan oleh Mak Bidan. (perincian urut tidak dapat dinyatakan disini) Mak Bidan juga biasanya akan mengajar cara-cara berdandan terutama menggunakan ubat-ubatan tradisional (biasanya jenis sapuan) dan juga mengikatkan rambut dengan kemas dan ketat.

Amalan bertungku

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Amalan Berbarut

Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut.

Amalan Pemakanan

Air Koma-Koma (Safron)

Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)

Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang

Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.

Sarapan Pagi

Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.

Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.

Makan Tengahari

Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan

Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.

Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.

Minum Petang
Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 - 5.00 petang.

Makan Malam

Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 - 8.00 malam.

Rawatan sampingan

Pilis

Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang

Sapuan asahan biji kani

Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.

Biji kani

Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.

Cucian Air Asam Keping

Semasa mandi sediakan air asam keping untuk membasuh luka. Walau pun pedih cuci bahagian yang luka perlahan-lahan dengan air asam keping tadi

Penyusuan bayi dengan susu ibu

Bayi harus diberi susu ibu sejak mula dilahirkan.

Air rebusan akar kayu

Pantang larang dan amalan-amalan lain dalam tempoh 44 hari.

  • tidak keluar rumah,
  • kurangkan berjalan dan membuat pergerakan pantas atau lasak,
  • tidak makan dan minum berlebihan,
  • menjaga makan,
  • jangan membaca atau melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit atau seumpamanya,
  • terdedah pada cuaca sejuk,
  • melepaskan rambut terurai, hendaklah diikat kemas, memakai wangi-wangian.



Permata yg hilang

Saat2 mnunggu menjadi seorg ibu ini,aku sering terkenangkan arwah mak.Sumber inspirasiku suatu masa dahulu.Dialah tempat aku mengadu,suka dan duka,tempat bermanja,bertanyakan pendapat.Mak prnh ckp aku ni terlalu sensitive,klau mak tegur atau tinggikan suara aku akn merajuk...tp mmg aku xnafikan....mgkn krn aku rpt dengan mak brbanding abh.Aku rindukan leterannya,ramah mesranya,gelak tawanya,air matanya yg akn mengalir setiap kali menghantar aku blik ke uia dlu,ciuman n doanya yg singgah di dahiku setiap kali aku blik ke kl.Mak n abh tidak prnh jemu untuk mendoakan kejayaan kami adk beradik shglah seorg demi seorg dari kami merangkul segulung ijazah....

Alhamdulillah...aku bersyukur krn berjaya mengabulkan hjt mak yg mahukan aku berjaya membawa blk segulung ijazah,wlaupn pd waktu itu dia tlh tiada di bumi ALLAH ini.pergi jauh menghadap Ilahi.Teringt saat terakhir aku menatap wajahnya,tangan mak ku salam dan spt biasa mak mencium dahiku dan membaca doa "Allahumma faqqiha fiddin wa A'limha takwil",Aku mengaminkan apa yg didoakan emak.mga termakbul doa mak.....mak nampk lainn sgt,wjhnya pucat dan nafasnya tersekat2.ikutkan hati nk ja aku btlkan hasrat blk ke kl tp apa daya perjuangaan ku msh blum selesai.abh seorg ja yg menghantar aku mlm itu.......pg itu aku slamat samp ke uia.pntnya msh terasa.....ingin aku tidur sekejap.tiba2 hp berbunyi..mak dah xsdrkan diri.aku terus bingkas bangun n menelefon kakak ku di shah alam.pg itu jgak kami blik.

Sampai saja di wad ICU kepala bts,mak sdh terbaring diats katil.matanya tertutup rpt,wayar berselirat di kanan dan kiri,muka bengkak.........adakah ini mak yg aku lihat kemarin.ku thn air mata,ak xnk menangis dpn abh....cuba2 bt ok...mak koma 3 bln.pelbagai usaha tlh dibt,tp hasilnya msh tiada...shglah aku hbs uia.

Alhamdulillah....aku amat bersyukur ke hadrat ilahi krn aku diberi peluang utk menjaga mak ..ku tbahkan hati..wlaupn hati sayu melihat mak yg dulunya ramah,kaku di ats katil...4 bln slps itu emak tlh kembali menghadap Ilahi.Wlaupun begitu kenangan indah bersamanya tidak prnh hilang dari ingtan kami sekeluarga, walau sekalumit.InsyaAllah,segala nasihat dan amanatnya akn kami laksanakan......aku menaruh impian utk menjadi spt dia....insan yg sentiasa berkorban utk keluarganya...ibu yg sarat dgn kasih syg yg tidak berbelah bagi......isteri yg setia dicici suami....hamba Allah yg sentiasa berusaha utk mendpatkan maghfirahNya.

Al-Fatihah........doakan mga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman.

Thursday, April 23, 2009

-PEnanTian-


Berdebar rasanya menanti saat kelahiran permata yang di tunggu2…7/5 duenye..dengan pengalaman yang tidak ada,aku cuba mencari sebanyak mungkin pengetahuan menghadapi saat kelahiran ini dari pelbagai sumber.Alhamdulillah dh ad wireless internet di rumah,mdhla aku meneruskan hajatku.wlaupun skrg kudrat tenagaku sdh berkurang,pinggang dah mula sakit apabila berjln,langkah yg diatur kian perlahan,baby plak active sungguh mgkn xsbr nk kuar,tp semua itu kutempuhi sbg kenangan terindah menjadi bkl ummi.mga segalanya dpt dipermudahkan…

Tips-Tips Dato' Dr.Fadzilah Kamsah

Tips-tips ini telah diberikan oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah… semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya..
Tatacara makan & minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air :
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karangSemasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak :
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri :
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”